Salam semua...
Semalam tidak dapat menulis di blog ini kerana ke bizzian ada audit dalaman iso di tempat kerja. Jadi terpaksa prepare dan hadap muka Auditor..hehe
So ari ni nak cite pasal "malang tak berbau"..Sekarang rase tidur pun masih tidak cukup.penat terbawak2 sikit untuk beberapa hari ni.Nak di jadikan kisah..cuti wesak Day 3-4 hari lepas, plan nya hri sabtu itu mau ke kenduri kawen kakai di pengerang. Jadi hari jumaat itu, keje nye lepaq2 aje di rumah. Malam itu hubby dapat call~berita yg mengejutkan, Solihin(adik lelaki hubby) accident motor! terkezut, terus buat keputusan balik kg, kebetulan ayah pun takde, ade keje di perlis.
Dalam perjalanan pun masih tak tahu apa status adiknya di Hospital muar. bile dah dekat yong peng, baru dapat call lagi doc dah bgth yg die cedera teruk, rusuk kanan patah 7 dan menusuk paru-paru. Bila kami sampai di hospital, saudara mara sudah ramai. Ibu pula sudah separuh pengsan menangis. Sempat bersalaman dalam keadaan hiba mengatakan "solihin teruk.."
Sudah menunggu dapat lihat die diusung di atas katil keluar bilik ultra dan masuk bilik xray.
Melihat keadaannya dengan bekalan oksigen, sungguh mengejutkan.
Akhirnya doktor memberitahu keaadaannya yg kritikal dan akan dimasukkan ke ICU. Jam sudah beransur ke 12.30 pagi...Saudara mara sudah ramai beredar pulang.Tinggal kami anak beranak bersila di depan pintu ICU untuk menunggu solihin. jam 1 pagi lebih, doktor memanggil waris untuk brief tentang keadaan nya. Doktor tidak banyak memberi harapan. keluar dari bilik kaunseling itu, kami anak beranak menitiskan air mata risau dgn keaadaannya. hubby turut menangis..tapi ku bisik kan di telinganya "jangan nangis sayang, nanti ibu lagi sedih"..memandangkan dia lah satu2 nya lelaki dalam keluarga yang berada di situ selain aku,ibu dan dua adik perempuannya.kami menuggu di luar ICU sehingga pagi.masing2 terlentok di kerusi hospital kepenatan.
Esoknya, kami masih menungu di luar. menantikan waktu melawat jam 12.30 tghr. Bila tiba waktunya, Dr memberitahu solihin sudah sedar. Ibu pada awalnya, tidak membenarkan aku masuk melihat keadaannya. Tapi aku berdegil dan masih mahu menjenguk. Wayar2 berselirat di tangan , badan dan muka. Luka-luka kecil kelihatan. dia tidak dapat bersuara dan bernafas menggunakan bantuan tiub dan mesin. Tapi kami masih dapat berkomunikasi kerana tangannya ligat menulis huruf2 di pahanya. tidak dapat ku lupakan , di masih mahu bergurau. kami bagitahu datang berdua saja. tapi dia masih berkeras sambil tgn bergerak2 menunjukkan angka tiga. hubby cakap berdua saja.dan die menulis di paha, B.A.B.Y, dan tgn menunjukkan tanda 3. OOOhh....masih sempat bergurau dalam keadaan itu...
dan kini dia semakin beransur pulih..sudah dipindahkan ke wad CCU, tapi masih dalam pemerhatian doc kerana pernafasan masih berbantu, tidak lulus ujian menuip bola,darah juga masih keluar dari tiub yg disalurkan ke dada.Semalam, ibu bgth die sudah dipindahkan ke wad biasa.kerana sudah dapat tiub salah satu bola dalam mini tabung uji itu.Alhandulillah.
Semoga die cepat sembuh untuk meneruskan pengajiannya dan berjaya menjadi guru yang baik suatu hari nanti..InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment