Hari ni rupe2 nye dah separuh Syawal berlalu...dan wiken baru2 ini adalah wiken yg sgt dan amat memenatkan...kerana ari sabtu malam ahad tu kami telah mengadakan majlis kenduri doa
selamat sempena:
1) masuk rumah baru
2) open house -Raya
3) doa selamat bersalin-sebab dah nak masuk 7 bulan
So semua ni diintegrate kan menjadi satu majlis...jumaat malam, kami dah pun sibuk...En.Suami sibuk berurusan dengan org surau menjemput mereka lepas magrib untuk tahlil ringkas, sibuk juga menjemput kenalan dan sedara mara berdekatan..malam itu juga baru nak shopping barang masak.My MIL akan tiba esok pagi bersama dengan barang2 keperluan memasak yg takde dirumah kami yg serba kekurangan ni..contohnya periuk beso, dapor beso, bekas2 lauk yg beso...ala..sume yg extra large punye la kate org..hehe..setelah berbincang dgn MIL(sebab die akan jadi master chef,aku assist je..hehe)...kami agreed dgn menu2 itu..then aku dah pun siap bersama listing barang2 yg perlu dibeli nanti..hehe..;p
so mlm tu le kami merayap ke econsave mencari sayur mayur dan pelbagai bahan..dah sudah di situ..bersambung lagi misi kami ke pasar Borang pandan..untuk mencari bahan basah seperti udang,ikan dan ayam...Pergh...kat paso je orang dah melambak..Terpaksa membeli dalam keadaan kurang selesa,berhimpit2 dengan org ramai...sumer membeli macam besok nak raye!!alahai..agaknye depa ni pun misi diorang lebih kurang aku la kot..Open House..kan???
tapi sgt kecewa kerana kami dah terlampau sibuk, sehingga lupa untuk merakamkan detik2 org ramai di rumah kami..huhu...so frustrated kan..huhu...
nanti aku sambung lagi dengan entry persiapan dan kelancaran majlis jika berkesempatan di lain masa...orite!!
No comments:
Post a Comment