25 April 2011

Doaku pada Mu Tuhan

Salam Semua.Mama arissa nak kongsikan satu berita sedih..Moga yang terbaca pun untuk same2 Doakan sama ok!

Kawan saya, Khairul izwan (Kenal masa belajar Kat utm, kami belajar same kelas dari tahun satu lagi..!)berumur 28 tahun, Sekarang sedang berjuang menahan kesakitan .Dia menghidapi Lung Cancer.Baru aje bulan lepas Dr Dapat Detect, tapi kini sudah berada di stage ke-4. Itupun kerana dia batuk berdarah, 3 miggu lepas di tahan di wad, lepas tu baru dapat tahu sakit sebenar.Baru jer berkahwin dengan maisarah, ada anak sorang baru berumur 1 tahun Qalesha Umaira. Sangat sedih.

Die Kawan yang baik, sangat ramah dan mudah mesra. Cakap pun jenis slow talk, tak pernah menyakitkan hati sesiapa.Gentleman dan lawak2 gitu (mase belajar dulu sgt suke bergaya dan suke ngorat awek2 comel di fakulti).Tapi mungkin tabiat merokok yang tidak pernah renggang waktu belajar dulu memberi akibat pada hari ini.Sungguh, saya tidak sangga kesannya begitu cepat.Tapi mungkin ade faktor lain, saya x pasti.Hendak bertanya pun, tak tergamak.

Kawan2 sudah mula SMS,Fb bagitahu perkembangan semasa beliau.dari Pusrawi-Sudah dipindahkan ke HUKM. Semalam Kawan bagitahu lagi, Sudah masuk ICU.Hari ini di FB kawan bagitahu Tenat dan tiada harapan lagi dan menunggu masa. Ya Allah...

Ya Allah , ku mohon pada Mu,, Tolong beri kekuatan kepada kawan saya ini untuk menghadapi segala kemungkinan yang ada....

Ya Allah, , Tolong beri kekuatan kepada isterinya, maisarah atas Takdir mu ini..

Ya Allah, Andai kau takdirkan untuk mengambilnya dari Kami, Kau Kuatkan la hati puteri2 izwan ini (maisarah dan Baby Qalesya) untuk tabah dan redha atas dugaan ini...

Ya Allah, Andai kau takdirkan untuk mengambilnya dari Kami, Kami Mohon Dia Mengadap Mu dengan Tenang dan di tempatkan bersama Orang Beriman..

Ya Allah..sesungguhnya Perancangan dan Takdirmu Adalah yang terbaik untuk kami..

Amin...


p/s:Kuatkan aku jika diuji sebegini?Ya Allah..Aku mohon perlindungan Mu..Kau Berikah lah aku dan Suami kesihatan Tubuh Badan, Kesejahteraan hidup yang berpanjangan..Supaya kami dapat melihat Zuriat kami ini membesar di depan mata...Ya Allah...Hanya Pada Mu ku berserah diri...

2 comments:

@naAzli said...

Innalillah..Dia telah dipanggil engadap ilahi petang semalam...Semoga rohnya Aman Di sana..Amin..

DiLLaiLa said...

alFatihah..ana aku xingat la yang mane satu orangnye..ape pon kite sama2 doakan rohnya aman mengadap Ilahi..amin..