Oh !Ok. malu ni..
I tertinggal part 4. Ter advance ke part 5 plok..ekeekeke..Nasib pn. Liza kite tegur.
Tq liza!!
Ari ni adalah sesi meluah perasaan.ok. tadah je la telinga sebab I memang nak cite bende yang tak pernah I cite kat sape pun.~ape hal..tibe2 nak buat gempak pulak kat sini mak sorang ni..Layan je la~
Saya pernah di benci. Pernah tidak disukai. Pernah di sisih jauh2. Anda pernah? Kalo pernah pasti anda tahu betapa perit dan siksa menanggung perasaan terluka. Dan pastinya dengan seribu kemaafaan pun, masih tersisa debu-debu atau parut luka itu ~cheewah..bermadah pulak ye mak ni~
Macamana nak lupa? Perit perasaan itu masih terasa sampai kini. Biarpun hati ini selalu berkata
“sudah2 la tu..yang dah lepas biar lah lepas…kita buka lembaran baru yer”
Ok
Senang bercakap kan? Plis put yourself in my shoes.Senang?Cuba dulu baru tahu.!
Meskipun keadaan telah berubah, tp tak semestinya hati kita pun begitu.Manusia, tak semua sempurna kejadian, termasuk lah saya sendiri.
Dan kini perasaan itu sedikit tercalar dengan beberapa ‘hal-hal kecil’ yang tercetus.Sedikit sebanyak mencungkil balik perasaan lama. Semakin hari dan semakin hari begitu.. …terpaksa berdepan dengan situasi ini, membuatkan sikap saya berubah. Jika saya jenis hu ha. Tp di situ saya akan jadi pasif dan pendiam. Tangan aje yang banyak bekerja.
~orang rajin memang begitu, mulut diam, kerja jalan!~
Susahnya nak luahkan. Nak berkongsi masalah ini dengan suami pun tak boleh. Bias tau!..sudahnya saya asyik melayan perasaan sendiri a.k.a. makan dalam. Suami marah bila saya ter’lepas cakap’ atau ter’mengungkit’. … Saya terpaksa mengalah, kerana pastinya nanti saya kene mengalah.
Tp, bila hari raya, sesi maaf me maaf..ade yang sampai menitiskan air mata minta ampun dan maaf. itu tanda betul2 ikhlas ke?Semoga begitu. InsyaAllah..Tp hati saya hati batu. Kemaafan adalah diterima. Tp untuk melupakan adalah tidak..Biarlah tersimpan di dalam hati, untuk pengajaran dan peringatan di masa hadapan supaya saya sedar siapa saya dan tidak ambil lewa di mana saya berada. InsyaAllah..
Motif menulis entri di atas :
di hari yang mulia ini..mari la bermaaf- maafan...
Salah dan silap harap dilupakan...
tp, ade jugak ke kawan2 yang macam kisah saya ni?

2 comments:
Mcm tahu je cerita itu.
Nak memaafkan memang boleh walau tak mudah. Tapi melupakan tidak sekali-kali, kn!
yes.memang betul.
senang untuk berkata maaf.tp untuk lupa mungkin tidak!
Post a Comment