lama tak menceritakan perihal yang berlaku pada kami anak beranak.Lepas raya aja, mama dah kene survive , drive sendiri ke tempat kerja bersama auni. Cabarannya memang sgt besar bagi mama sebab actually mama boleh bawak kete(auto je pon..kalo manual fail lah..)..tp dengan tekanan daripada si comel auni ni mama memang tak bleh nak tahan.Auni dah lama tak duk car seat. yes .memang salah kami tak train die awal2, even jalan jauh pun , kecik2 dulu aje bawak car seat, la ni papa dah malas nak angkut bende tu. Maka auni sekarang ni byk ragam la bile nak kene duduk kat car seat. Semalam die buat hal, siap boleh boloskan diri daripada seat belt car seat. i don't know how she do it, but tiba2 aje dia berdiri dari car seat. nasib la masa tu mama dan instinct nak lalu highway, kalo kat jalan biasa memang susah la mama..die siap pakej menangis sedu sedan macam kene pukul dengan mama. kesian sgt. dah la mama dah stress sebab die nak duduk atas riba. (how should i drive , dgn si comel atas riba, i just can't...)berpeluh2, sedu sedan siap hingus pun kluo..mama sedih,tp we have to be strong la auni, Papa is not going to work with us any more, sebab keje papa yang dekat opis mama tu dah settle, jadi papa kene gi keje macam biasa kat main opis die kat permas jaya tu. Mama pun sedih jugak sebab dah tak boleh nak jadi mem besar duduk sebelah papa..mama pun sedih sebab lepas keje dah susah nak singgah Jusco utk shopping sama dengan papa dan auni. So jadual kita akan kekal begini, Pegi kerja mama anta auni gi taska, balik mama ambil auni dari taska dan terus shoot ke rumah, takkan singgah mana-mana pun..comel mama auni kene bagi kerjasama kat mama, so nanti kita boleh pergi dan balik dengan selamat ye nak.!!!
Auni dah masuk 1 tahun 9 bulan. lagi 3 bulan aje masa nak cerai susu badan dgn auni. Mama tahu auni memang suke sgt minum yang ini dari yg botol, sebab tu auni senang lelap dengan yang ini dari susu botol. Mama sendiri pun sedih kalo tibe2 auni lelap tanpa minum susu mama.Rasa macam x lengkap. tp nak buat macamana kan, dalam islam pun galakkan tempoh penyusuan 2 tahun sahaja.selebihnya auni kene berdikari ye nak. kene minum susu botol. Kesian auni, ari tu mama terlampau eksited sangat tgk free gift susu sustagen tu, sampai mama lupa tengok flavour ape. terpaksa la auni togok perisa coklat tu kerana kerakusan mama, padahal sebelum ni mama cuma ajar auni minum perisa vanila atau honey aje. pastu kadang2 ,mama perasan auni macam loya/nak termuntah kalo kene paksa abiskan susu coklat tu.sori ye sayang...
Anak mama dah besar. dah pandai macam2.dah pandai tolong mama masukkan baju busuk sendiri dalam bakul baju busuk, dah pandai buang sampah dalam tong sampah, dah pandai bila dah abiskan susu, mesti bagi botol tu balik kat mama supaya mama boleh basuh cepat2, pastu dah pandai kemas mainan sendiri, bila terabur, pandai put in the box balik, kalo mama lipat baju dan tinggalkan kat tengah rumah tu, auni tolong angkut bawak masuk bilik.. anak mama sorang ni dah pandai nak pakai baju dan seluar sendiri.dah pandai merajuk kalau tak bagi mandi (die pun sibuk nak mandi time mama sibuk bersiap nak gi kerja)....Nanti cepat pandai, cepat dapat tolong mama kan sayang..
Papa pulak ,tengah pening nak beli kereta baru. opis papa nak sponser kete baru kat papa (ni offer sebab papa dah jadi senior eng. kat situ), jadi papa cadang nak bagi kereta yang die pakai sekarang kat tok ayah kat kampung ,jadi senang la if tok ayah nak travel jauh2 nanti. Papa teringin nak beli honda city.Cantik jugak .tp mama suka Serena.Papa cakap serena tu besar sgt..(i just like it, tak beli pun i still admire jugak..hehe)..lagi satu mama suka crv, dari kecik2 sampai la ni, CRV mesti sgt gah di mata mama, teringin, tapi takpe la mama cuma mampu bayar kete viva elite mama tu aje kan..haha..JAdi ikut papa lah nak ambil kereta mana, mama dan auni nanti dapat la naik kereta baru.yey!!
Mama pulak, takde ape perkembangan..macam ni aja. Masih macam ni dan kekal begini. Tp satu aje,mama dah kurangkan aktiviti membaking, keinginan tu ade tp tinggal keinginan sebab auni selalu sgt tolong kemas dapur jadi mama limitkan masa di dapur hanya utk masak sahaja.hehe..Bisnes online mama pun macam hidup segan mati tak mahu..dah 2 bulan kot mama tak update blog MamaAuniShop tu kot. Ampun sgt ..rase macam susah sgt nak cari masa utk update blog. kat rumah memang tak sempat langsung (i have to stay up kalo nak update..skrg ni pun dah kurang tido..)..i pulak jenis yang tak update blog bisnes kat opis(nanti org cakap i gunam asa kerja nak bisnes ..so..sori la memang i tak berani buat..)..
so itu aje kot nak membebel petang ni. Rasa rindu sgt nak peluk auni skrg ni.Apa la die buat kat taska tu. dah la skrg die musim kememe dan sensitif. Pantang kene marah sikit, meraung ..kecian my bebe, mungkin tak boleh terima kenyataan yang mama taknak peluk die lagi,sebab mama drive.sori syg.
3 comments:
mm.. payah jgk ek kalau drive sensorang ngan anak kat sblh.. mgkn dia rasa x bebas kot.. kalau aku mesti da cuak..
lama2 nanti biasa la auni.. auni bg kejesama ngan mama ok..
aimy pandai sepah je.. kemas tak pandai lagi.. hehe..
kejap je kan anak da besar.. :)
aah la ziera...tuhan je yang tahu, nak kene kuatkan semangat je la mahu tak mahu kan.hehe..auni dah pandai kemas ..tp pastu pon sepahkan balik...die mane boleh tgk mainan die duk diam2..mesti nak tolong sepahkan jugak, same la tu dgn aimy..;p
Nak beli kereta baru biar besar sikit kot. Sbb anak akan membesar. In future akan bertambah ahli. So balik kg jauh2 selesa sikit. Just my 2cents. :)
Post a Comment