06 December 2011

1st Family trip to Kuching,Sarawak


Take a deep breath dulu ye...Fuhhh...hehe (sebab nak jadi storry teller kejap nih.hehe).Setelah penat berjumpa En.Google untuk ambik info terkini ape yg hot sangat di kuching ni, maka bermula lah pengembaraan kami..hikhik..petang sabtu kami dah kene campak kat airport.Jengok skrin, rupenye flight delay. Jam 9pm baru berangkat.ujan lebat pulak tu. Bergego2 kami di atas awam ni.hihi.takoot jugak..Touch down jam 11.45mlm..selamat.fuhh!!

Da book van Hi-ace untuk hantar kami ke tune Hotel,Rm40 . Tapi berbaloi kot untuk 10 kepala.Rupenye Tune Hotel ni Opposite dgn Hotel Hilton. So malam memang tak ke mana lah. Letak bag. Cari 7-e ,belasah megi sebab dah x jumpe kedai makan.alas perut je pun dan seterusnya tido.

Then, bangun pagi2, sempat lagi nak jalan2 depan hotel tu.pagi2 contact Tijah van tu lagi, ingat nak jalan-jalan di satok, sarikin dan terus nak transfer ke Damai Puri Resort, kat santubong. Rm250, 9.00am~6.00pm. Ok la kot.So kami dah siap2 angkut luggage, masuk van dan terus ke pasar satok. Wah. Pasar die meriah benar, Macam2 sumber alam dijual. Lada rupa pelik.Pisang, Rm1 sesikat. Murah giler!!!Hasil laut memang berlambak. Murah pulak tu.Tapi dek nak kejar masa sebab pasar sarikin ½ hari je hari ni (ahad), maka kami rush la sikit.Perjalanan take about 1 ½ jam. Kebetulan pulak otw, hujan je memanjang, tido pun sodap. Bile sampai terus la kami jalan2.Macam2 lah kat pasar sarikin ni.Kain lace, Baju solat, tudung, baju laki/perempuan, kain songket , batik sarawak...rambang mata sudah!! Pastu hujan pulak.mule2 renyai, pastu lebat. Terpaksa jalan laju-laju dan last tersangkut di rumah kedai. Hahaha..Masih sempat merembat alas meja 2 keping, selipar, kasut saya dan alat ketuk2.(haha..xtau name die ape..)..Total damage = RM50. Ok. Sangat sedih sebab tak dapat nak membelek puas-puas hasil seni di sana.sob sob...

So terus lah kami ke Damai Puri Resort and Spa.tengok, papa dan anak kecik dah pun posing depan hotel.haha. Rupanya resort ni memang sebelah je dengan Sarawak Cultural Village!..terus check in dan tukar baju nak swimming. Oh lupe nak info, Resort ni special sebab mengadap betul2 di depan pantai di kaki gunung santubong. Semua bilik mengadap laut.So nice and affordable!!

Rendam2 si comel tu dalam Kolam je sebab takut tengok pantai air dah pasang...Malam kami berehat di bilik sahaja. Tido cepat, sebab esok nak travel lagi!goodnite!!zzz...

tengok la budak ni,bukan main hepi dapat posing atas katil..Bangun pagi2, dan jalan2 sekitar hotel with my comel. Tgu papa bangun, then gi breakfast.tengok ni, cantik x pemandangan resort nya..cantek sangat kan??

Then kami sempat la jalan-jalan kaki sampai depan kg. Budaya sarawak tu. (x masuk pun, sebab nanti 2nd trip will pegi sini jugak). Then, tengahari siap2 nak check out.lagi sekali call tijah mintak transfer dari resort ke bandar kuching, with price of RM80.masih sempat driver bawak kami ke kedai menjual tikar sarawak. My hubby dah chop nak beli tikar ni, Rm300 with postage. So x payah susah2 pikul ke airport ye. Ade tikar evamatik untuk si comel juga,Rm30 je. Driver tu cakap kalo kat pasar sarikin boleh dapat Rm20 saja,Rugi ok.pastu singgah juga di kedai menjual pasu sarawak. Okh mabuk. Yang pasu comel2 sumernya half price(50%)..haha. dapat la rembat 3-4 biji pasu buat kenang-kenangan. Then, driver bawak singgah ke tempat membuat kek Lapis Zaharah. Dijemput merasak kek lapis, seperti tetamu di rumah orang, Cuma kurangnya, tiada air di sediakan.(banyak la ko siap nak air pulak ye!!) Sedapnya makan,nyam2.katanya kek lapis die berbeza dari yang lain sebab di buat mengikut ,takde stok la kalo nak sekarang tau. Dan die tak letak pengawet yang bagi kek tahan lama tu serta x menggunakan mentaga yang dikatakan tidak hala tu(kate orang tu lah)...so kami order la kek feveret masing2. Saya pilih beberapa jenis kek lapis yang dikenali sebagai kek lais Nurkasih, sisik ikan ,cheese coklat dan Honeydew(4 batang amik ni.sedap!!).it cost me about rm70 jugak la.Setelah bincang2, siap die kate nak kasi pulak kami seketul kek free untuk setiap orang yang order.hehe. orang ni akan buat dan hantar ke hotel nanti siap packing.hebat kan..best2....Bile dah check in hotel, terus letak barang dan jalan2. Sempat la posing bersama kucing-kucing besar di tengah2 bandar kuching.Asik tengok jam sebab nanti jam 5.30 nak naik Kuching River Cruise. Hot ok!!

Rm 60 satu kepala, for 1 ½ hours menyusuri sungai sarawak, sambil di hidangkan sedikit minum petang(fresh orange with sepiring kek kot), dan persembahan budaya (joget sarawak), berbaloi la kot!!!

Cuma yang kurang menarik di hati saya ialah, ketika muzik dan pesta joget bermula, ketika itu lah azan maghrib berkumandang. Kurang enak sedikit suasana itu. Hm.terdiam sekejap saya.comel saya siap tido lagi atas cruise..hehe..penat die tau..Area jam 6 di sini gelap nya sama macam jam 7 di tempat kita(m’sia semenjung). Langit nampak gelap. Dalam hati masih teringat tempat makan seafood yang meriah tu(tengok dalam gambar je baru!!)..So malam ni memang ada hajat nak ke sana. Terus jalan laju2, takut kene timpa hujan dan takut tak sempat sampai ke destinasi. Akhirnya jumpa. Fuhh!!! Ramai nya manusia tengah makan.masuk2 dah kene terpa. “kak, sini kak, sini aja kedai muslim”. Terkejut sekejap. Tapi buat2 muka cool dan kami cakap. “takpa, kami jalan-jalan dulu”. Memang dah set nak gi kedai ABC, tengok kat blog sume gi situ. Tidak la meragukan sebab banyak je staf muslim di situ, tambah lagi dah tengok terpampang ade sijil halal depan kedai. Lega!!.So sebab dah jakun, so kami ambik order di meja saja.Udang Butter, Sotong Goreng tepung,dan kerapu masak stim. Total damage=Rm60.masak butter die sangat lain ok. Harus cuba!!udang dan sotong menimubn ,siap bungkus bawak balik hotel.Ketam yillek ok.sangat kecewa.Sambil makan di sajikan dengan hujan lebat dan guruh berdentum2. Comel saya takut sangat.siap nyorok2 belakang papa. Kesian.!!

Kami balik hotel berlari2, hujan masih renyai. Akibat kepakaran kami, dapat tembus ke hotel melalui jalan shortcut dalam bangunan.hehe..so kami tidur kerana kepenatan dan kekenyangan.hehe. heaven.So ni adalah malam terakhir kami di sini.Sedih.sob sob.Esok nya kami bangun pagi2, serang Brakfast@mcD,Rupanya McD jam 6.30 pg di sini pun sangat happening!!ramai sangat orang beratur termasuk saya!!lepas makan kami jalan2 lagi round2.

Kul 10. Kami check out hotel .Keep luggage dalam satu bilik. So masa ni la kami nak round2 bandar kuching!!!

masing2 berhajat nak membeli ikan terubuk masin. Jalan punya jalan susur waterfront, masih tak jumpa pasar. Orang tu cakap depan lagi. Pastu jumpa la macam2 kedai krafttangan dan barang sarawak.banyak juga yang menjual kek lapis di tepi jalan, harga rm9, dan gemok2 pulak isinya.!! Jumpa Little India Street. Banyak sangat bju dan tudung.Harganya kurang pasti, nanti 2nd trip saya survey lagi ok! Last-last kami decided untuk mintakkan Tijah transport drop sekejap kat pasar satok petang nanti untuk tapau ikan terubuk masin itu.So misi kami bertukar kepada shopping cenderahati.Mak aoi..Banyak sangat lah kedai nye. Sampai nak muntah pua kumbu aku dibuatnya. Tapi dalam pada nak muntah tu, sempat la sambar kain batik sarawak corak pua kumbu 3 pcs(satu i, mak, dan MIL), adik-adik dan adik-adik abangku pun kami bantai t-shirt kuching,ashtray bertulis kuching sarawak sahaja.Total damage around rm90. Haha..

So petang ini adalah penghabisan kami round bandar kuching. So we dicided nak gi jugak kampung seberang (berdepan dengan waterfront kuching).

Naik bot penambang, 50 sen je you!!!murah sangat.tengok aje lah muka budak kecik ni,takut !!! die macam cuak bila bot dah jalan.haha.alah, naik pun tak sampai berapa minit dah sampai. Nak jugak terjah kek lapis dayang salhah(aku dok tengok kat blog orang ,cakap kat sini sedap sangat, pulak tu driver semalam tak bawak gi sini, lagi semangat lah nak tengok tempat ni hah!!)..Bile pergi,wah banyak nya kek lapis die. Lagi macam2 ada.harga dari rm10~rm30 kot. Tapi berbeza la sikit dr kek lapis zaharah yang kami beli tu.sume kat sini dah siap, ko amik dan bayar saja. So kami pick la satu, kek lapis cheese oreo.tengok lagi macam dah gepal, lari2 pulak kami gi medan selera kat depan tu.Sempat la minum2 kat situ serta rase kek lapis tadi. Hmm..tak same macam yang kami order.rasa macam kek biase pun ade.Saya order ABC, tapi orang tu letak abc saya dalam gelas. Gelak kejap. Pastu bile ujan dah berhenti kami gerak ke medan sebelah. Nak rase mee kolok dulu (makan lagi ko ni??ape kes...haha)..owh baru ku tahu rasenye seperti mee magi =)..hikhik...Pastu order pulak teh 3 layer. Rase pelik.macam minum cendol yang takde cendol?!!!agaknya sebab gula apong die yang warna hijau tu kot buat rase pelik.tapi anda boleh cuba sendiri ye nanti!!

Tengok jam macam dah waktu kene bergegas2 berkumpul di lobi hotel . nanti tijah transport nak ambik.Dalam van sumer dah diam, tidur agaknya kepenatan. Rupanya flight kami delay lagi dari 6.45pm kepada jam 10.10 malam. Ah.tekanan perasan aku, terpaksa la berkampung dalam balai berlepas selama beberapa jam lagi!!!Daaaa kuching!!!!nanti saya datang lagi untuk 2nd trip!!!!!

5 comments:

Anonymous said...

Salam..hai awk...kacau lagi..nak tya..di mana awk beli pembalut telur versi lama tu ek?yg guna kertas kilat2 tu..thanks a lot..tgh cari sgt2 ni..-Hasliza-

@naAzli said...

adik saya belikan di KL, dekat klang.kedai ape saye x pasti pulak.nanti saya cuba tanya kan adik kot2 die ingat kedai apa ye

Anonymous said...

o..ok tq ye awk...mmg hrp sgt ni..thanks :)

@naAzli said...

beli di bandar kelang, kedai Cintaku handyCraft,jalan nenas-berdekatan dengan the store,berdekatan dengan masjid baru, berdekatan dengan pasar jawa..cari lah ye.gud luck!

Anonymous said...

o..yeke..tq yer...hrp2 ada..:)