27 December 2011

update blog laju2....

Kisah mama :

Suatu masa dahulu saya pernah buat preview pasal Dapur idaman.Walla...Memang termimpi2..Baru2 ini da dapat gaji +bonus.Alhamdulillah.Rezeki anak dan dapur Impian lah kot.(rezeki bapak jugak sebab mama baik hati nak bagi big sponsor utk buat tabletop dapur kami itu)..hikhik...
Sekarang ini macam dah tak boleh nak tahan dengan dapur sedia ada.Cepat berkecah dan barang tak boleh nak sorok mana2 pun. Kalo orang datang , macam segan banyak sebab dah tentu memang masuk2 je dah nampak dapur. Akan diusahakan juga utk cari bidai/ langsir utk elak guest direct nampak dapor comel itu bile masuk rumah.Mak pulak asal datang aje, membebel sebab sinki tu macam da nak patah (hikhik..asalnya mama ni terketuk ayam kat atas sink lembut tu, nampak bengkok la sikit.hihihi)
Si auni pula makin lincah, mama tengah masak, diep un tolong kembur barang rak bawah yg ade macam2 bakul dan kuali dan periuk .die punya bunyi mengembur lagi kuat dari aku yang tengah bersilat ni!!Mana nak tahan kalo Auni tukang kembur, mama tukang kemas?tak aci tau.Papa tu bile anak dah kembur2, baru datang nak kutip anak, mama jugak jadi mangsa. Penah jugak satu hari mama sampai naik angin, sebab dah tak tahan auni duk berkemas satu dapur!!sampai papa pun merajuk bawak auni berkurung dalam masterbed room tau.hihihi..

So dengan budget ciput mama tu, harap2 dapat la realise sikit, walopun tak complete, supaya mama dapat main masak2 dengan riang hati.


Kisah anak mama :

ish. Auni sekarang ni dah lain macam. nak kate mengada anak sendiri.Tapi orang lain pun dah start cakap die mengada2 tau. Ish.Sekarang ni die asyik nak kepit dengan mama aja.Bila mama bangun je, die punye menangis macam orang kena pukul tau!!!.selagi mama tak ambik die balik die malalak la sampai terjerit2 hilang suara. ish. Risau sebab takut die buat perangai yang sama kat taska.Ye la ,sapa la nak layan budak over macam tu kat taska kan.
Tapi makin nak ke satu tahun ni, makin menjadi2 skit die punya "menga" tu. (menga=mengada). rela suruh mama teman die main, sampai kan tangan sebelah peluk betis mama, sebelah lagi main dengan mainan die. Sampai dengan aki pun die macam tu, dengan tok ma pun macam tu, dengan tok ayah tok ibu pun menerima nasib yang sama. Tak puas nak pegang cuc,sebab cucu taknak dengan orang lain.Ish..

cuti krismas tok ma datang. sempat jugak buat sambutan hari jadi in advance. Papa belikan Auni Choc. Indulgance Cake SR. pagi2 Krismas, kami potong kek sama2. Auni takut nak tiup lilin.tapi die matikan api guna tangan!!hehe.Belum lagi hari lahir Auni, macam2 Hadiah yang auni dapat.Tok ma asik beli kan baju tak abis2 untuk cucu sorang ni.Elaun mama kasi tuk ma pun tok ma abiskan untuk cucu ni jugak.hihi.Minggu lepas pulak, atok ibu bagi die gelang emas. Ish. Bertuah cucu sulung ni kan.macam2 dapat. Mama dan papa nak kasi apa yer?Mama dan papa kasi kaish sayang dah la ye nak. itu lagi mahal dari segala2nya.Bukan kedekut yer. Last friday pun mama dah belikan auni buku tebal pink tu.Rajin2 baca buku ye sayang. Bulan lepas pun mama dam melayang rm200 ++, top up stock barang2 Auni kat Pureen warehouse sale.
Doa mama auni jadi anak yang solehah dan berguna.Dah nak genap juga satu tahun mama breastfeed auni. walaupun kat taska auni minum susu tepung, tapi selain dari tu semuanya mama brastfeed. Sampai sekarang pun mama tak tau auni minum banyak mana kat taska.Mama percaya aje bulat2 kat teacher uruskan susu tepung auni.Mama harap anak mama bulat lebih sebab susu mama , bukan susu lembu.Apa2 pun syukur pada tuhan kerana Kurniakan kesihatan yang berpanjangan kepada anak mama..Sakit sikit2 tu tak apalah, mungkin sebab anak mama nak pandai sesuatu. LAgi pun ,anak mama dah pandai tatih jauh2. lebih dari sepuluh langkah.tak lama lagi tak memang kaki la mama dan papa mengejar anak dara sorang ni..hihi..eh...nanti la mama buat entri satu tahun anak dara ni.ok!!!

mama bz sangat sekarang ni. Projek sistem HR mama da nak launch khamis ni.dap dup dap dada mama mama nak kene present dengan pengarah urusan dan top management.Doakan mama yer kawan2.. Mama dah isi borang cuti 30 Dec dan 2 Jan nak lepak2 dengan anak dara mama kat rumah sempena ari jadi auni satu tahun.

Daa!!!!

No comments: