16 October 2012

all in -1 update kami ...

semalam dapat berita yang menggembirakan.Abah dan ma dapat pergi haji. flight lagi 3 hari je lagi. i ni pun tgh berkira2 nak g anto diorang kat KLIA.Tapi nampak macam keadaan tak berapa mengizinkan sebab ma abah ambik flight transit dari kuantan-klia. kul 10 pagi terus berkumpul bersama jemaah Rayhar travel yang lain, penerbangan diorang jam 3 ptg.
tengah berkira2.mesti rasa sedih sebab tak dapat peluk cium dulu sebelum ma bertolak.kot apa2 berlaku nanti siapa tahu nanti.takut jugak tak dapat jumpa if mengaruk sgt nak gi KLIA tu, terfikir jugak , kalo2 time musim haji ni KLIA kene blok untuk beri laluan kepada beribu-ribu jemaah yang nak mengerjakan haji tu.Bila KLIA pun x bleh nak masuk, mesti tak dapat nak jumpa diorang kan. Pale pun tengah pikir lagi ni.aduh..pening..

Auni malam tadi dah start macam nak sakit2 pulak. batuk selsema sampai kena demam malam. Mak ni jugak yang tak dapat tido sebab menemankan si kecik ni merengek dan tak sedap badan.serba tak kena , tunjuk sana sini jam 2-3 pagi. nak buka peti la, nak minum air la..sampai mak lalok .haha

Mak tengah bengang. masuk ni dah 3 x auni balik bawak tanda gigit dari taska. Mula2 kat pipi, pastu kat pergelangan tangan, pastu kat lengan. Ade sorang budak ni kerja die gigit orang aje.geram tau!.anak kite comel2 tu die nak gigit2 mcm patung je..mak siap ajar si auni tu sepak kawan die if kene gigit.lepas ni mak nak saman taska kalo die bawak balik gigit lagi.haish. (kecewa tau, cikgu ni pandai report aje kat kite yg anak kite ni dah kene gigit, abis tu cikgu buat ape ha sampai tak nampak ke anak saya kene gigit tu. bukan sekali ok...)

Kereta baru papa dah sampai ari sabtu aritu. Preve gitu.haha..boleh perasan macam naik honda City walopun hakikatnya preve.Body  beso gabak. mak tak try lagi. takut. haha..nak jadi mem besar je duk sebelah. hehe. gi taska anta auni tadi pun, teacher die pun dah tegur, wah! kereta baru. bau kedai ni!!hihi..gelak2 malu je ai.


Lagi satu, oleh kerana ma abah takde raya haji ni, macam berbelah bagi nak balik raya kat ganu. nanti sapa nak masak makanan kegemaran kami pagi raya nanti?huhu..husband dah cucuk2 ajak balik muo. Tapi kami ade buat qurban kat situ, Auni punya nama.Nanti kat akhirat dapat la auni tunggangan sebab dah buat qurban kan. InsyaAllah..tp ma dah pesan, balik la raye kat ganu,adik2 sume balik. Nanti leh la wat bbq ke ape ke pandai2 la korang.Akan di usahakan.

Lagi, mak ada masalah sakit puan ni. rase stress pun ade . Mak dapat kep*t*han yang overdose. ade sape2 pernah kene tak . nak buat ape pun mak tak tahu. yang pasti , malas nak gi jumpa ,nanti mesti doc nak test macam buat pap smear tu.huhu..

2 comments:

Eyon said...

comel anak ko Ana ^_^.... kalo ko ade keptihan ko try laa amik kapsul kesihatan yg mamcam pureria lobata ke bagi balance hormon kewanitaan tu... aku ade gak kene cam tu sbelum nie... pastu pakai ler panty liner and hygiene wash yang ada sireh and manjakani utk keselesaan hehehe...

@naAzli said...

nice gak ur komen ni..nanti i try google ok!..