salam manja untuk semua kawan2...mama auni baru lepas dapat 3 hari mc pakej tonsil dan demam. Hari khamis ari tu berkesempatan hantar tok ma dan aki di klia. Lega rasa sebab dapat jumpa diorang sebelum diorang berangkat ke tanah suci. Selesai satu tugas yang memang patut seorang anak patut biar untuk masa2 seperti ini. Sempat la hulur sikit duit untuk ma dan abah belanja makan di sana walopun x seberapa.sob..sob..mak kan tengah pokai ni..terpaksa la cilok sana sini sikit2 ..buat2 tak nampak aje lah yer..huhu...
petang tu ma berangkat jam 3 ptg dan sampai 8 hours selepas tu. alhamdulillah. lepas hantr terus shoot balik jb. esok pagi pulak jam 4.30 pagi dapat call dari tok ayah, pak sedara di kota tinggi meninggal Dunia.Innalillah...So terpaksa la ambik El pula..bersambung2 kan, dah la cuti tak berapa nak ada ujung2 tahun ni, tapi takpe la, pergi jugak untuk beri penghormatan terakhir pada arwah ..semoga dia di tempatkan bersama orang-orang yang salih di sana.InsyaAllah dan Alfatihah. tiga hari berturut2 juga kami ke rumah arwah untuk turut sama majlis tahlil.
maka kerana aktiviti pun terlebih sikit, mak pun sambung demam balik, sampai hari isnin sambung mc lagi. Hari ini aje baru masuk opis. berlambak2 la depa ni kasi error kat sistem untuk mak betul kan.
suami mak pulak semalam wat ayat sedih, sebab katanya kerana dah cuti 2 hari lepas tu, bos dah tak kasi cuti raya (mak mintak en.suami mtk cuti ari khamis, sebab igt nak bertolak rabu malam balik ganu kite!)..sob sob..memang mak sedih sangat la..malam raya la baru mak bertolak balik ganu..huhu..dah la ma abah jauh di tanah suci..nak balik kampung raya dengan adik beradik pun lambat balik...huhu...mak nak nangis.tak dapat la mak nak masak2 kat rumah. harap tok mok dah booking nasi dagang siap2 sebab kami mungkin sampai pagi raya.sob2...
mak plak dah sedih sedih tadi sebab terpaksa call HR untuk batalkan cuti yang mak dah advance mintak dengan bos untuk hari khamis ni.sob2...mak sedih lagi..hua...
dah la semalam ma telepon dari tanah suci, tapi mak tak dengar sebab radio kat MCD tu kuat sangat, mak tak dengar pulak bunyi ringtone hp mak tu.huhu.tengahari tadi ma telepon lagi, tak sempat nak angkat gak..huhu...sob2 nak nangis lagi...How i wish..kalo dapat cakap sekejap pun nak tanya khabar....
2 comments:
sabar2..
dah dapat cakap dah...hehe...da boleh sengih..;p
Post a Comment